sawar | 1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). 2 semacam belat yg dibuat drpd duri dll utk melorongkan binatang masuk perangkap atau ikan masuk lukah. menyawar memasang sawar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuar I | 1. sj lukah drpd ranting-ranting berduri (utk menangkap ikan sungai); 2. Mn ranting-ranting kayu dll yg didirikan di bendang utk menakutkan burung; bagai haruan di dlm ~ prb tidak tetap keadaannya (selalu sakit atau susah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangsang III | Mn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-ranting kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak dapat dipanjat orang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reba | 1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang, semak-semak kecil; 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah dipotong dan dilonggokkan di satu tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawar | 1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). | Kamus Pelajar |
mengayun | 1 = berayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengayun | 1. =berayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2. turun (ttg matahari). | Kamus Pelajar |
rimbunan | 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
repuh I | ark 1. = ~ muda = repuhan hutan muda atau belukar; 2. Kd sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merecup | 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |