agak-agak | 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasanya | rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. | Kamus Pelajar |
boyak I | 1. tiada rasanya, atau tidak sedap rasanya lagi kerana sudah kering atau busuk (tembakau dll): tembakau yg sudah ~; 2. jemu: ia berasa ~ tinggal di tempat itu;keboyakan kebosanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaman I | 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (menyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agak I | 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan, memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payau I | 1. agak masin (rasa air): ia terminum air itu sedikit ketika berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; 2. tidak enak rasanya: tekakku ~, semacam nak demam rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasanya | barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Cuaca ketika itu sungguh ~. Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Udara yg bersih di situ ~ badan. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Cuaca malam itu sungguh ~. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar |
manisan | 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |