Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata;

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merepangmemangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujung­nya): buluh itu direpang supaya rata;Kamus Dewan Edisi Keempat
hitungperihal membuat kira-kira (mem­baha­gi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), mem­bilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya di­hitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghi­tung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm per­kiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (me­ngira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id me­ngira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pe­kerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pen­dapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkah­winan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung.Kamus Dewan Edisi Keempat
hitung panjanghasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilang­an kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hitung; ~ panjang hasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilang­an kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5. berhitung membuat kira-kira; berkira-kira. menghitung 1 mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2 berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. menghitungkan mengira atau menghitung utk orang lain: Dia ~ adiknya jumlah guli yg ada dlm gelas itu. memperhitungkan ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. terhitung 1 dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2 sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3 termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. hitungan hasil yg didapat drpd menghitung; cara menghitung: ~nya tepat. perhitungan hal berhitung atau hasil memper­hitungkan; perkiraan. penghitungan hal atau perbuatan menghitung; pengiraan. penghitung alat utk menghitung; orang yg menghitung; pengira.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hitung~ panjang hasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilangan kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5. berhitung membuat kira-kira; berkira-kira. menghitung 1. mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2. berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. menghitungkan mengira atau menghitung utk orang lain: Dia ~ adiknya jumlah guli yg ada dlm gelas itu. memperhitungkan ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. terhitung 1. dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2. sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3. termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. hitungan hasil yg didapat drpd menghitung, cara menghitung; ~ nya tepat. perhitungan hal berhitung atau hasil memperhitungkan; perkiraan. penghitungan hal atau perbuatan menghitung; pengiraan. penghitung alat utk menghitung; orang yg menghitung; pengira.Kamus Pelajar
repangpapak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~; berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang senang diurus; merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujung­nya): buluh itu direpang supaya rata; merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas; perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rata-rata1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rata-rata1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rata-rata1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim.Kamus Pelajar
memukul rata(kan)menjadikan rata-rata, menyamaratakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas