ratna | 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam kuning; ~ mutu manikam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manikam | 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juita | 1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~; ratna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenggut | 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggut | ; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaburkan | 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siram | ; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjiruskan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabur I | padi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya); bertabur bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu;menabur 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang; menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus ditaburi beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia; menaburkan 1. menjadikan bertabur (ber-selerak), menghamburkan merata-rata, me-nyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditabur-kan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk me-mecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak se-imbang dlm ~ kuasa; penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hempas | campak, banting; ~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah; berhempas; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting: mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang; menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; ~ tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu; menghempaskan membantingkan, membuangkan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil; terhempas terbanting, tercampak; hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebu | sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (sebatangnya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |