raya II | ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasinensis (bunga kebangsaan Malaysia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadu II | (warna) merah muda: bunga raya ~; pipinya yg berwarna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelikir II | batu kecil-kecil (digunakan utk membuat jalan raya); intan disangkakan batu ~ prb tidak tahu menghargai sesuatu; ®kerikil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setem II | (setém) IB, bp 1. suara pengundi (dlm pilihan raya dll); 2. sama nadanya, selaras, setala; tidak ~ a) tidak sama nadanya; b) tidak sesuai (cocok); menyetem bp 1. membuang undi, mengundi; 2. menyamakan nada (dlm permainan muzik), menala; seteman bp pemungutan suara, pengundian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepatu II | ; bunga (kembang) ~ Id sj tumbuhan (pokok kecil), bunga raya, Hibiscus rosa-sinensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelikir II | , = batu ~ batu kecil-kecil spt yg digunakan utk membuat jalan raya dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petas II | ; petasan mercun: di sana sini kedengaran suara letusan, seolah-olah bunyi ~ di malam hari raya layaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelikir II | = batu ~ batu kecil-kecil spt yg digunakan utk membuat jalan raya dll. | Kamus Pelajar |
siang II | terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mega II | (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |