Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata refleks


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sudut reflekssudut yg besarnya lebih drpd 180o.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sudut reflekssudut yg besarnya lebih drpd 180°;Kamus Dewan Edisi Keempat
sudut1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sudut1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas