register | (régister) rekod atau senarai yg mengandungi butir-butir spt nama, alamat, dan aktiviti yg disediakan secara teratur, buku daftar. beregister berdaftar; surat yg ~ surat yg berdaftar; meregisterkan memasukkan (mendaftarkan) nama dll ke dlm register. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daftar suruhan(instruction register) | Daftar perkakasan yang berfungsi memegang suruhan yang akan dilaksanakan. | Kamus Komputer |
daftar pengendalian(operation register) | Bahagian daftar suruhan dalam unit pemprosesan utama (CPU) yang memegang kod pengendalian. | Kamus Komputer |
daftar jam(clock register) | Peranti elektronik jenis litar jujukan yang berfungsi sebagai daftar dan menggunakan isyarat jam dalam pengendaliannya. | Kamus Komputer |
daftar halimunan(invisible register) | Daftar yang wujud dalam unit pemproses utama untuk kegunaan pemproses sahaja dan tidak dapat dicapai secara terus oleh pengatur cara. | Kamus Komputer |
daftar data(data register) | 1. Daftar khas yang terdapat dalam kebanyakan jenis mikropemproses, dan digunakan untuk memegang data sementara semasa pengolahan. 2. Daftar yang dapat memegang data berbanding dengan daftar lain yang mempunyai tugas khas. | Kamus Komputer |
daftar alamat(address register) | Peranti daftar dalam unit pemproses utama yang berfungsi memegang alamat ingatan atau alamat liang input-output yang ingin dicapai. | Kamus Komputer |
daftar tindan FIFO(FIFO stack register) | Daftar tindan yang kandungan datanya yang ditindan lebih dahulu akan dibaca dahulu daripada data yang ditindan kemudian. | Kamus Komputer |
daftar pemindahan data(data transfer register) | Daftar yang berfungsi memegang data atau alamat data yang akan dipindahkan. | Kamus Komputer |
daftar kedudukan penyorong(carriage position register) | Alat yang menandakan kedudukan penyorong pada pencetak. | Kamus Komputer |