rekah | , = rekahan retak yg memanjang dan terbuka; belah. merekah 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekah, = rekahan | retak yg memanjang dan terbuka; belah. merekah 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. | Kamus Pelajar |
rekah | = merekah; merekah 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; rekahan pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding; kerekahan keadaan rekah (merekah); rengkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengkah | rekah, belah, retak: dinding rumahnya telah ~; rerak ~ rosak dan pecah-pecah; merengkah menjadi retak, merekah, (ber)belah: tanah sawah ~ kerana kemarau kuat; rengkahan belahan, rekahan, tetakan: ada kelipan api yg spt mahu menyelinap keluar dr ~ dinding-dinding buluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merkah | rekah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merekah | rekah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerekahan | keadaan rekah (merekah); rengkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukah | patah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll); memukah memecah, mengopak, merosakkan: setitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd dinding pondok itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lulu II | Br rekah, pecah (spt kulit bakau). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentet | (bentét) Jk rekah, retak, terbelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |