rembesan | bahan yg dirembeskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rembesan | 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio) sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembesan | bahan yg dirembeskan. | Kamus Pelajar |
liur | rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat air ~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik; berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang; terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam; peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air liur | rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan air ~nya melihat makanan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebum | (sébum) (Bio) rembesan berlemak yg dihasilkan oleh kelenjar pd kulit mamalia, yg mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolostrum | ist susu atau rembesan pertama (yg kaya dgn antibodi) dr kelenjar susu pd akhir kehamilan sehingga beberapa hari selepas kelahiran bayi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hormon | ist 1 beberapa jenis rembesan dlm tubuh yg mempengaruhi kegiatan organ-organ lain. 2 bahan yg dibuat drpd hormon 1. 3 sebatian organik dlm tumbuh-tumbuhan yg mempengaruhi proses-proses dlm tumbuh-tumbuhan tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perembesan | 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2. penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endokrinologi | (éndokrinologi) kajian tentang kelenjar endokrin dan rembesan hormonnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |