rempuh; berempuh-rempuh | berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. berempuh-rempuhan saling berebut hendak mendahului yg lain. merempuh mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. rempuhan serbuan; desakan: Mereka lari lintang-pukang hendak menyelamatkan diri drpd ~ lembu. | Kamus Pelajar |
rempuh | ; berempuh-rempuh berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. berempuh-rempuhan saling berebut hendak mendahului yg lain. merempuh 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. rempuhan 1 serbuan; desakan: menyelamatkan diri drpd ~ lembu. 2 langgaran: ~ maut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rempuh | ; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk; merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan keselamatan jiwa; rempuhan desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berempuh-rempuh | berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berempuh-rempuh | , berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar I | laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |