Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : apa-apa yg telah meresap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
resapanapa-apa yg telah meresap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resapanperihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara;Kamus Dewan Edisi Keempat
resapanapa-apa yg telah meresap.Kamus Pelajar
dialisisproses memisahkan sebatian yg terlarut berasaskan kadar resapan sebatian itu melalui membran separa telap. rawatan ~ rawatan utk mencuci darah yg menggunakan kaedah dialisis bagi pesakit buah pinggang. mendialisis memisahkan sesuatu sebatian yg terlarut secara dialisis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
difusiperihal meresapkan atau menyebarkan (pengetahuan, kebudayaan, dsb), resapan; berdifusi meresap (masuk ke dlm bahasa, kebudayaan lain, dsb): sesuatu bahasa itu di­katakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
dialisis(Kim) proses memisahkan sebatian yg terlarut berasaskan kadar resapan sebatian itu melalui membran separa telap; mendialisis memisahkan sesuatu (sebatian dsb) secara dialisis.Kamus Dewan Edisi Keempat
resaptidak kelihatan lagi; hilang drpd pandangan; lesap: Tuan puteri pun ~lah, tiada ketahuan halanya. meresap 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. meresapi meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam. meresapkan 1 membiarkan meresap rata-rata; menyerapkan. 2 ki menyerapkan (nasihat, fahaman dll) ke dlm hati, fikiran dsb. teresap sudah diresapkan. resapan apa-apa yg telah meresap. peresapan perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resaphilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), ter­masuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas