resolusi /résolusi/ | keputusan atau ketetapan yg dibuat dlm sesuatu mesyuarat atau persidangan. | Kamus Pelajar |
resolusi | /résolusi/ 1 keputusan atau ketetapan yg dibuat dlm sesuatu mesyuarat atau persidangan. 2 ist bilangan unit paparan terkecil dlm satu inci persegi pd paparan skrin komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
resolusi | (résolusi) 1. keputusan rasmi yg dicapai dlm sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memandatorikan | menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerkasaan | perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerkasaan | perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dwipartisan | berkaitan dgn atau terdiri drpd dua parti atau kumpulan politik yg berlainan: resolusi tersebut difailkan oleh satu kumpulan ~ yg terdiri drpd lima penggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandatori | mesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan; memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan; pemandatorian perihal (proses atau tindakan) memandatorikan: ~ itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan Jawatankuasa Kabinet. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
redaksi | (rédaksi) 1. sidang pengarang (pd persuratkhabaran, majalah, dll): ~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen terus sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan ayat dlm sesuatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu masih harus dibaiki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkasa | 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |