restoran /réstoran/ | kedai tempat makanan dan minuman dijual; kedai makan. | Kamus Pelajar |
pol I | IB, bp 1. penuh; 2. sudah sampai ke peringkat yg sehabis tinggi atau banyak (kekuatan, masa kerja, gaji, dll): dr warung-warung kopi dan restoran-restoran kecil yg punya radio, radionya dipasang ~; 3. selesai dibayar, lunas; dipolkan bp 1. dipenuhkan; 2. dibayar semua, dilunasi; 3. dibiarkan sehingga habis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restoran | /réstoran/ kedai tempat makanan dan minuman dijual; kedai makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
restoran | (réstoran) kedai makan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padat | 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bistro | restoran kecil (bukan restoran mewah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kabaret | (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kafeteria | restoran yg pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri di kaunter. | Kamus Pelajar |
kafeteria | /kafétéria/ restoran yg pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri dan membayarnya sebelum makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kafe | /kafé/ restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan. ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer yg dilengkapi Internet kpd pelanggan atau pengunjung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |