riang I | sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka ria | riang gembira, girang hati, suka hati; bersuka ria bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang: orang ramai juga turut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka ria | sangat suka hati; riang gembira; girang. bersuka ria bersuka-suka; bergembira: Sebelum menghembuskan nafasnya yg akhir, Nagasura telah menyuruh rakyatnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ria | suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ria I | 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ria | suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. | Kamus Pelajar |
meriah | 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh semangat. memeriahkan menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. kemeriahan keadaan meriah; keriaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meriah | 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriah | 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan | Kamus Pelajar |
suka ria | sangat suka hati; riang gembira; girang. | Kamus Pelajar |