riba I | , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riba I | = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer riba(laptop computer) | Komputer kecil mudah alih yang boleh digunakan dengan selesa walaupun diletakkan di atas riba. | Kamus Komputer |
memangku | 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangku | riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangku | , = pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riba II | 1 orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ceti. 2 bunga drpd wang yg dipinjamkan; lebihan yg dikenakan atas sesuatu yg dipinjamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riba II | Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan riba (bunga) | mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman yg dikeluarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komputer riba | komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |