rikaz | harta yg dijumpai tertanam di dlm tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rikaz | Ar bahan galian spt bijih emas, perak dan minyak: zakat ~; undang-undang ~ undang-undang mengenai bahan-bahan galian (spt minyak dan bijih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zakat rikaz | zakat yg dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zakat | Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa); ~ harta zakat yg diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yg cukup nisab dan haul; ~ pendapatan zakat yg diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pd kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya; ~ rikaz zakat yg dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian; berzakat membayar (memberi) zakat; menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |