riket | (rikét) sj penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yg mengakibatkan tulang menjadi lembut dan seterusnya bengkok (spt pd kaki pengkar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vitamin D | sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vitamin | bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk meningkatkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |