kendang II | rim (bkn kertas); sekendang satu rim (sebanyak 500 helai): kertas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rim I | satuan utk mengira banyaknya helai kertas (1 rim = 480 atau 500 helai). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rim II | bingkai yg berbentuk bundar tempat tayar dipasang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rim III | bingkai (drpd besi) tempat memasang tayar motokar (basikal dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rim II | IB, bp tali pinggang drpd kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rim I | kuantiti kertas yg berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau 500 helai (biasanya kertas cetak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekendang | satu rim (sebanyak 500 helai): kertas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersuruh-suruhan | sl utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejari | 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan; ~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; b) jarak yg merupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya dipanggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan bersaiz tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkar | 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan: logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |