rimbas | 1. sj alat utk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil; 2. sj alat utk menyiangi tanaman dll, tajak; merimbas 1. menarah kayu dgn rimbas; 2. menyiangi rumput dll dgn rimbas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merimbas | 1. menarah kayu dgn rimbas; 2. menyiangi rumput dll dgn rimbas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbas | 1 alat yg digunakan utk menarah kayu dll; beliung. 2 alat utk memotong rumput dll; tajak. merimbas menarah atau memotong dgn rimbas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merimbas | menarah atau memotong dgn rimbas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menarah | meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajak | sj alat utk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beliung | sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarah | rata (selepas dipepat, dirimbas, dll); ~ kasau diasah supaya rata (gigi); bertarah sudah diratakan dgn beliung dll (batang kayu dll); sudah ~ berdongkol pula prb Mn setelah suatu perselisihan diselesaikan timbul pula perselisihan yg lain; menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal; tarahan 1. yg sudah ditarah; 2. cara (kaedah) menarah; penarahan proses (kerja, perbuatan dsb) menarah: ~ bukit itu dijalankan oleh sebuah syarikat yg membekalkan tanah merah; penarah alat utk menarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |