cerna | 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rindu I | 1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merindukan | 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merindu | 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rindu I | 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meredap | 1. makan di dlm sahaja (api), marah di dlm hati sahaja; rindu-~ rindu yg bersangatan dlm hati; 2. berlarut-larut (penyakit), merana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
redap II | ; meredap 1. makan di dlm sahaja (api), marah di dlm hati sahaja; rindu-~ rindu yg bersangatan dlm hati; 2. berlarut-larut (penyakit), merana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta | 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercinta | 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: <i>Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri.i> | Kamus Pelajar |
perindu | 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |