menggugurkan | 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membahana | 1. menjadi bergema, bergaung, dll kerana sesuatu bunyi; 2. ki menjadi jelas, terang, menjadi nyata: masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merujuk | 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana I | 1. bunyi kuat: ~ meriam berdentum; 2. dengung, deru, gema: ~ anak panah; 3. bising, suara riuh rendah: ~ tentera berjalan; 4. sl kata, suara; menteri yg muda menghambur ~; membahana 1. menjadi bergema, bergaung, dll kerana sesuatu bunyi; 2. ki menjadi jelas, terang, menjadi nyata: masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi; membahanakan menyebabkan menjadi bahana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risalah | 1 taraf atau kedudukan sbg rasul; kerasulan: Nabi Musa a.s. menerima ~ dan Kitab Taurat di Bukit Tursina. 2 sesuatu yg diutuskan (spt surat, utusan). 3 surat edaran. 4 karangan ringkas ttg sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
risalah ujian | Id karangan utk peperiksaan, disertasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risalah | Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat, utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~ menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rujuk | Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pendirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak mengharapkan pemimpin-pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, memanjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat keterangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugur | 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membahagi-bahagikan | 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |