robot pemasang(assembly robot) | Robot yang bekerja di bahagian pemasangan di kilang dan bertugas memasang komponen pada alat yang lebih besar. | Kamus Komputer |
robot berkomputer(computerized robot) | Robot yang dikawal oleh komputer. | Kamus Komputer |
robot antropomorfik(anthropomorphic robot) | Robot yang rupa bentuknya menyerupai manusia. | Kamus Komputer |
robot | mesin yg dpt melakukan atau membuat berbagai-bagai pekerjaan manusia. merobotkan menukar sistem pengeluaran, operasi kilang dsb kpd sistem atau operasi yg dijalankan oleh robot (mesin). perobotan proses, cara dsb menukar sistem (operasi dsb) kpd sistem (operasi dsb) yg dijalankan oleh robot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
robot I | Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
robot II | 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin; merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
droid | Robot kawalan komputer yang mempunyai sifat manusiawi. | Kamus Komputer |
pengendali(operator) | 1. Orang, atau robot, yang mengawal dan mengawasi perjalanan perkakasan sistem atau kendalian. Sinonim operator. 2. Bahagian kod suruhan komputer yang menyatakan jenis pengendalian yang perlu dilakukan oleh sistem. 3. Fungsi yang boleh mengendalikan sesuatu perkara untu mengeluarkan sesuatu hasil. 4. Simbol matematik yang mewakili jenis pengolahan yang perlu dikerjakan. Misalnya "+" dan "-". | Kamus Komputer |
merobotkan | menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
robotik | bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |