puntung rokok | rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berserakan | tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rokok | tembakau yg digulung dlm kertas dll: Dia tidak menghisap ~. ~ daun rokok yg pembalutnya dibuat drpd pucuk nipah dsb. ~ keretek rokok yg tembakaunya dicampur cengkih dll. merokok menghisap rokok: Orang ramai dilarang ~ di dlm panggung wayang. perokok orang yg banyak menghisap rokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rokok I | tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pembalutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat menghisap rokok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirih II | ; menyirih Mn mengunjukkan atau memberikan (sirih, rokok, dll): orang itu mengeluarkan tempat rokok dr dlm sakunya dan ~ kpd sekalian orang itu; menyirihi mengunjukkan atau memberikan sirih, rokok, dll kpd: aku disirihi rokok daun; menyirihkan Mn mengunjukkan atau memberikan sirih (rokok dll): sekali-sekali pernah juga dia ~ rokoknya kalau bertemu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puntung I | 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); ~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi; memuntung menjadi puntung (kotong, kudung); memuntungkan memotong (mengerat) hingga puntung, mengudungkan; kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaung | (Sunda) enau, kabung; rokok ~ rokok yg digulung dgn daun kaung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rokok keretek | Jw sj rokok yg mengandungi tembakau bercampur cengkih: asap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepul-kepul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirai III | 1. sj tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, Metroxylon rumphii (sagu); atap ~ atap yg dibuat drpd daun nipah; 2. Br daun rokok (penggulung rokok) drpd daun nipah; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udut | ; mengudut menghisap rokok (candu dll): sambil ~ rokok, Kalisang meneruskan ceritanya; pengudut 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk menghisap candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |