perata | ; roti ~ roti canai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kadet III | (kadét) IB; roti ~ roti tawar yg kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakar | ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roti | sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roti kirai | sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung yg cair yg dimasak dlm kuali kering, roti cecair, roti jala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kirai II | jalur, carik panjang; roti ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung yg cair yg dimasak dlm kuali kering, roti cecair, roti jala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukus | 1 wap air panas: kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn wap air panas. 2 alat (periuk, bekas dsb) utk memasak dgn wap air panas. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. kukusan 1 bekas atau alat utk mengukus. 2 yg dikukus; hasil mengukus. pengukusan perbuatan (proses dsb) mengukus: ~ dpt membunuh hidupan seni. pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukus I | 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan; berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan; mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg berbentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus; pengukusan proses atau perbuatan mengukus; pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus: air ~; periuk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selurai | sj makanan drpd tepung gandum yg berjala-jala rupanya, roti kirai, roti surai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paun II | ukuran berat (yg bersamaan dgn 16 auns atau 0.4536 kg); roti ~ sj roti yg dibuat drpd tepung gandum (yg tiap-tiap ketul beratnya satu paun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |