skop II | bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup: prakata mengandungi penerangan tentang tujuan buku itu ditulis, ~ kandungan buku, dan sejarah penulisan buku itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1. Kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data. 2. Ruang liputan suatu bidang ilmu pengetahuan. 3. Kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan. | Kamus Komputer |
domain | 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |