binasa | 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | belahan drpd sesuatu benda: benda itu dikerat menjadi empat ~; dua ~ sl dua pertiga; tiga ~ sl tiga perempat;membahagi 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;membahagikan 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan;membahagi-bahagikan 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah;terbahagi dibahagi, dibahagikan;bahagian 1. hasil drpd membahagi: dibahagikan kpd tiga ~; 2. penggal (buku, cerita, dll): ~ terakhir buku itu tidak menarik; 3. hak atas barang yg dibahagi, habuan: ~ saya belum saya terima lagi; 4. sesuatu (benda, alat, dll) yg menyempurnakan barang yg lain: ~ tubuh; 5. unit dlm sesuatu jabatan (syarikat dll) yg menjalankan fungsi tertentu: ~ kewangan; 6. untung nasib: setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;sebahagian setengah, segolongan;pembahagian perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya;pembahagi 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jauh | 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hubung | ; berhubung 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1 hal berhubung; perkaitan; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh sesebuah syarikat, institusi dsb. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kota | 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jauh | 1. jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2. besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat:Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3. tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat:Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4. terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb):Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan menjauhkan diri dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1. menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2. menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak:Ia dpt memanah ~ 100 ela. | Kamus Pelajar |
hubung | berhubung 1. bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2. ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3. bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4. bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1. menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2. menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3. mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1. kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2. hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3. ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1. hal berhubung; perkaitan; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2. alat utk berhubung atau lalu lintas (spt jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3. cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1. orang yg menghubungkan. 2. alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar |
sambung | ; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), bercantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-panjangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah | ; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pindah; berpindah | 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat bekerja dll): Sesampai di Melaka mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~ -randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. | Kamus Pelajar |