Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rekod rumah(home record)Rekod pertama dalam satu jujukan rekod yang digunakan sebagai asas merujuk rekod lain.Kamus Komputer
kekunci rumah(home key)1. Kekunci yang digunakan untuk mengembalikan kursor ke kedudukan permulaan paparan. 2. Kekunci baris yang merupakan tempat permulaan kedudukan jari bagi penaipan pantas.Kamus Komputer
baris rumah(home row)Baris kedudukan kekunci yang digunakan sebagai tempat rehat atau tempat untuk menempatkan jari pada papan kekunci untuk tujuan penaipan pantas.Kamus Komputer
pengautomatan rumah(home automation)Penggunaan teknologi komputer dan sistem elektronik untuk mengawal keselamatan dan mengendalikan peranti rumah secara automatik supaya dapat memberi keselesaan kepada penghuni.Kamus Komputer
komputer rumah(home computer)Komputer kecil yang sesuai digunakan di rumah bagi tujuan permainan, pengawalan rumah, pengajaran, dan urusan kerja.Kamus Komputer

Kembali ke atas