Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg men­diaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn urusan rumah atau kehidupan dlm rumah. 2 perkahwinan: ~ yg bahagia. mendirikan ~ berkahwin. berumah tangga berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang Juita berjalan kaki,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Menyuruh gila apakan jadi,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memelihara penyengat dalam baju.

Bermaksud :

Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rumah tanggaperihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg men­diaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu.Kamus Dewan Edisi Keempat
urusan rumah tanggasegala sesuatu yg mengenai rumah tangga;Kamus Dewan Edisi Keempat
urusan rumah tanggasegala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mawaddahAr kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~ oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
urus2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga.Kamus Pelajar
urusan2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga.Kamus Pelajar
mengemudikan1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
~ rumah tanggaisteri.Kamus Pelajar
suri rumah tanggaisteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendirikan rumah tanggaberkahwin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas