ketengan | eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetengkan | menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keteng | (kéténg) ark sj wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini; seketeng ark setengah duit (sen), sepeser, serini; mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dgn berdikit-dikit: ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja; mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) utk dijual secara runcit; mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit; ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1. jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2. keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar |
peruncit | peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengecer | orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengecer | orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar |
runcit | 1 bermacam-macam; berjenis-jenis; berbagai-bagai: Dia berniaga barang-barang ~. 2 sedikit-sedikit; kecil-kecilan: jualan ~ jualan secara sedikit-sedikit. beruncit, beruncit-runcit melakukan sesuatu sedikit demi sedikit; beransur-ansur: Mereka menjual barang itu secara ~ kpd pekedai-pekedai. peruncit peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jagal I | perniagaan (secara) kecil-kecilan, dagang runcit; berjagal berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit; jagalan 1. barang yg dijual secara runcit; 2. barang yg rendah mutunya; penjagalan perbuatan atau usaha berniaga secara kecil-kecilan; penjagal orang yg berniaga secara kecil-kecilan, pedagang runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |