rutin semak(check routine) | Rutin atau tatacara rutin yang digunakan untuk menyemak sesuatu perkara. | Kamus Komputer |
subrutin(subroutine) | Rutin yang merupakan sebahagian daripada rutin lain. Subrutin boleh digunakan untuk melaksanakan tugas tertentu bagi banyak rutin lain dan boleh dibezakan daripada rutin utama. Oleh itu, subrutin memerlukan kedudukan yang menentukan ke mana subrutin harus kembali ke atur cara utama selepas melakukan sesuatu fungsi. | Kamus Komputer |
rutin tertutup(closed routine) | Rutin yang tidak dapat disisipkan terus ke dalam rutin utama atau atur cara, tetapi perlu dipanggil. | Kamus Komputer |
rutin terbuka(open routine) | Rutin komputer yang dapat disisipkan terus ke dalam rutin utama atau atur cara komputer tanpa menggunakan sebarang kod pautan atau jujukan panggilan. | Kamus Komputer |
rutin sampukan(interrupt routine) | Rutin yang ditunjukkan oleh alamat yang terkandung dalam jadual sampukan. Rutin sampukan dikarang untuk menyambut kewujudan peristiwa sampukan dengan menjalankan tugas tertentu. | Kamus Komputer |
rutin kerja(working routine) | Rutin dalam sistem pengendalian yang bekerja untuk menghasilkan keputusan atau menyelesaikan masalah yang diberi. Ini berbeza dengan rutin sokongan dalam sistem pengendalian yang menjalankan tugas tertentu. | Kamus Komputer |
panggilan tempatan(local call) | Panggilan yang dibuat oleh rutin bagi menggunakan rutin atau sumber yang berada dalam kawasan atur cara yang sama dengan tempat panggilan ditakrifkan. | Kamus Komputer |
rutin layan sampukan(interrupt service routine) | Rutin atau atur cara yang dikarang untuk menjalankan tugas tertentu seperti yang dikehendaki oleh sampukan yang memanggil. Alamat rutin ini disimpan di dalam kawasan ingatan vektor sampukan. | Kamus Komputer |
rutin | 1 apa-apa yg biasa dan selalu dilakukan; cara yg tetap dan biasa utk melakukan sesuatu; kebiasaan. 2 ist set arahan yg teratur dlm atur cara komputer yg digunakan utk mengarahkan komputer melaksanakan tugas tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rutin | 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |