sabda | bh kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah: maka ~ rasul Allah, adapun namamu Sultan Muhammad; bersabda berkata, bertitah: undang tidak dua kali ~, lembaga tidak dua kali berkata; mensabdakan mengucapkan, menitahkan: hadis yg disabdakan oleh Rasulullah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabda | kata-kata yg diucapkan oleh para Nabi atau Rasul: ~ Nabi tidak patut dibantah. bersabda mengeluarkan kata-kata (bkn Nabi atau Rasul); berkata: Baginda | Kamus Pelajar |
sadir | sabda kata-kata yg diucapkan oleh para Nabi atau Rasul: ~ Nabi tidak patut dibantah. bersabda mengeluarkan kata-kata (bkn Nabi atau Rasul); berkata: Baginda Rasulullah telah ~ “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China sekalipun”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hadis | sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. berhadis mengucapkan atau menggunakan hadis sbg dalil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hadis | sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad s.a.w. yg diriwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. berhadis mengucapkan atau menggunakan hadis sbg dalil. | Kamus Pelajar |
hadis | Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi SAW yg dapat memberi jawaban tepat kpd kemusykilan ini; berhadis bercakap (berucap) dgn menggunakan hadis sbg dalil: dia ~ utk menguatkan hujahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaflah | sl lupa: sesungguhnya spt sabda raja itu adalah ~ kpd peperangan kamu yg telah lalu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khidmat | 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |