sabungan | yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabungan | apa-apa yg disabungkan atau diadukan: ayam ~. | Kamus Pelajar |
taji I | = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cena (céna) | 1. tanda, bukti; 2. parut, bekas luka yg sudah baik (pd ayam sabungan sbg tanda tidak pernah dikalahkan), (bkn ayam sabungan dll) sudah sihat kembali; kecenaan sudah ada tandanya (buktinya), sudah terbukti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang | 1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayam sabungan | ayam laga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam pupuh | ayam sabungan (tidak bertaji). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pupuh | ; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji). berperang ~ berperang main-main; perang-perangan. berpupuh 1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam. memupuh 1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam. memperpupuhkan menjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayam tedung | ayam sabungan yg merah tua bulunya serta hitam mata dan kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam pupuh | ayam sabungan (tidak bertaji); | Kamus Dewan Edisi Keempat |