bonus | 1. bayaran tambahan pd gaji dll sbg pemberian (ganjaran); 2. bayaran faedah kpd pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham; ~ saham ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanah saham | skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbitan hak | tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dividen | bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm sesuatu syarikat; ~ bonus dividen tambahan yg berupa saham atau tunai kpd dividen yg telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham dividen yg diterima oleh pemegang saham yg berupa tambahan saham (bukan dlm bentuk tunai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saham mewah | (Eko) saham bermutu tinggi yg dapat memberikan pulangan dividen yg baik, biasanya saham syarikat yg besar dan ter-kenal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dividen saham | dividen yg diterima oleh pemegang saham yg berupa tambahan saham (bukan dlm bentuk tunai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenaraikan | 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulis | (Eko) 1. mengalami kenaikan harga saham (bkn pasaran saham): empat drpd lima petunjuk teknikal beralih ~; 2. pelabur yg percaya bahawa harga pasaran saham sedang meningkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaunter II | (Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bursa | tempat memperjualbelikan saham dll: B~ Saham Kuala Lumpur; ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit, getah dan koko; ~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |