kerja | 1 = pekerjaan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). ~ kosong jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). ~ lapangan kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. ~ raya kerja (membuat jalan raya dll) yg dibuat oleh kerajaan utk faedah orang ramai. bekerja membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. mengerjakan 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. pekerjaan 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. pekerja orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. ~ bulanan (mingguan) pekerja yg menerima gajinya tiap-tiap bulan (minggu). ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb dlm melakukan kerja lapangan. ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai jenis kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerja | 1. = pekerjaan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian:Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2. sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3. kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). ~ kosong jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). ~ raya kerja (spt membuat jalan raya dll) yg dibuat oleh kerajaan utk faedah orang ramai. bekerja membuat atau melakukan sesuatu kerja:Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. mengerjakan 1. membuat sesuatu kerja:Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2. membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3. menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan:Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. pekerjaan 1. sesuatu yg dibuat utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2. sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. pekerja orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. ~ bulanan (mingguan) pekerja yg menerima gajinya tiap-tiap bulan (minggu). ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai jenis kerja. | Kamus Pelajar |