Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menyalahajarkan mengajarkan sesuatu yg salah (tidak betul): yg lebih malang lagi ialah bahasa Melayu disalahajarkan oleh pihak yg tidak benar-benar mengetahui dan menguasai tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah ajar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
salah ajar; menyalahajarkan mengajarkan sesuatu yg salah (tidak betul): yg lebih malang lagi ialah bahasa Melayu disalahajarkan oleh pihak yg tidak benar-benar mengetahui dan menguasai tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegur1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; bertegur­an dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg mem­bina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringat­an; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima.Kamus Dewan Edisi Keempat
didik1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
menegur1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas