Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lam] | سلام

Definisi : 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda; ~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ ber-jabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; bersalaman, bersalam-salaman saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : Id salmon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : 1 aman damai; sejahtera (biasanya digunakan dlm kata majmuk saja): darussalam negeri yg aman damai. 2 tanda menghormati seseorang ketika bertemu, sama ada dgn perkataan atau dgn perbuatan: Dia membalas ~ sahabat-sahabatnya. memberi ~ memberi hormat dgn mengucapkan assalamualaikum dll. bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. bersalam-salaman saling berjabat tangan; saling memberi salam: Kami ~ dahulu sebelum mengadakan mesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sapaanteguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam.Kamus Dewan Edisi Keempat
salam takzimsalam dan hormat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sapaan salamucapan salam.Kamus Dewan Edisi Keempat
membalas salammenjawab salam;Kamus Dewan Edisi Keempat
al-Salam(as-Salam) Ar Yang Maha Sejahtera (satu drpd 99 nama Allah).Kamus Dewan Edisi Keempat
tertumpang salam kpdsampaikan salam kpd;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertumpang salam drpdterimalah salam drpd;Kamus Dewan Edisi Keempat
salam IIIId salmon.Kamus Dewan Edisi Keempat
salam IIsj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini.Kamus Dewan Edisi Keempat
salam bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu.Kamus Pelajar
1234567

Kembali ke atas