demam selesema (sesa-sesa) | demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labirin | (Ubat) bahagian dlm telinga yg mengandungi koklea dan saluran-saluran separuh bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselirat | 1. berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dll): saluran-saluran darah yg halus ~ di dlm dinding usus; 2. ki berkecamuk (fikiran dll), tidak tenteram: banyak benar perkara yg ~ dlm kepala saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjarakan saluran(channel spacing) | Penjarakan di antara satu saluran dengan satu saluran lain untuk mengelakkan saluran tersebut mengganggu saluran yang satu lagi. | Kamus Komputer |
selirat | ; berselirat 1. berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dll): saluran-saluran darah yg halus ~ di dlm dinding usus; 2. ki berkecamuk (fikiran dll), tidak tenteram: banyak benar perkara yg ~ dlm kepala saya; menyeliratkan menjadikan atau menyebabkan berselirat; ~ fikiran menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram; ® sirat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersatu | 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuluh | 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukosa | ist lapisan atau selaput tipis yg melapisi saluran dan rongga dlm badan yg mempunyai hubungan dgn udara, spt saluran pernafasan, saluran makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mukosa | ist lapisan atau selaput tipis yg melapisi saluran dan rongga dlm badan yg mempunyai hubungan dgn udara spt saluran pernafasan, saluran makanan dsb. | Kamus Pelajar |
penyesuai saluran(channel adapter) | Peranti atau palam yang membolehkan sambungan terus di antara saluran penghantaran atau saluran data yang berlainan dilakukan. | Kamus Komputer |