hancur luluh | hancur sama sekali, hancur lebur; menghancurluluhkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, menghancurleburkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hancur lebur | hancur sama sekali (perasaan dll); menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan, menghancurmusnahkan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpas | 1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm perlawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
binasa | habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. kebinasaan perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. pembinasa sesuatu atau orang yg membinasakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpur | 1. habis atau rosak sama sekali, binasa, jahanam; 2. bp kehabisan wang, jatuh miskin, bankrap; menumpur, menumpurkan menjadikan binasa (rosak, jahanam) sama sekali, membinasakan, menghabiskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punah | 1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. pemunahan perbuatan memunahkan; pemusnahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpas I | habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara; menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; ketumpasan perihal tumpas; tumbas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binasa | habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. | Kamus Pelajar |
pupus | habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pupus | habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malumenghilangkan malu. | Kamus Pelajar |