hubungan | 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pautan(link) | 1. Sambungan dalam sistem komunikasi. 2. Peranti yang menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 3. Saluran data komunikasi dalam rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
tanggam | tanggam 1. sambungan kayu yg bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh; 2. sj penyepit (drpd besi); bertanggam 1. bersambung rapat (kayu dll); 2. ki berhubungan rapat dan erat; ~ muka berhadapan (bertemu) muka; menanggam 1. menyambung kayu dgn takuk-takuk; 2. ki menyambung atau menghubungkan erat-erat (spt mengahwinkan dll); 3. menyepit dgn tanggam besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambung | ; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), bercantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-panjangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambungan | 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimpalan | 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bajang | 1 hantu berkuku panjang yg kononnya suka mengganggu wanita hamil atau kanak-kanak. 2 puting pd sambungan kayu yg bentuknya cakah ke luar dan tirus ke dalam: kuku ~ bahagaian sambungan kayu yg mencengkam puting atau yg dimasukkan ke dlm sela-sela puting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sambungan(extension) | 1. Ciri tambahan yang ditokok pada perisian dan/atau perkakasan untuk meningkatkan ciri sistem. 2. Kod tambahan yang diletakkan pada hujung nama fail untuk memberitahu sistem pengendalian jenis fail yang digunakan. | Kamus Komputer |
bajang | 1. hantu berkuku panjang yg kononnya suka mengganggu wanita hamil atau kanak-kanak. 2. puting pd sambungan kayu yg bentuknya cakah ke luar dan tirus ke dalam: kuku ~ bahagian sambungan kayu yg mencengkam puting atau yg dimasukkan ke dlm sela-sela puting. | Kamus Pelajar |
pautan | 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |