nun I | di sana; sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nun I | di sana; sana. | Kamus Pelajar |
nun II | sana, di sana: ~ di sana itu kilang getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guling-gelantang | tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guling-gantang | tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guling | ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapar | , = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar |
mari I | 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |