Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.di] | ساندي

Definisi : (Lin) ubah suaian bunyi pd bentuk-bentuk tatabahasa yg digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dll (mis hala + laju = halaju, se + orang = seorang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sandi(Lin) ubah suaian bunyi pd bentuk-bentuk tatabahasa yg digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dll (mis hala + laju = halaju, se + orang = seorang).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyandiwarakan1. melakonkan sandi­wara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
komidiId 1. pertunjukan (permainan) sandi­wara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk; mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelakonorang yg berlakon dlm drama (sandi­wara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu?Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertontonkanmenyebabkan sesuatu dpt ditonton; memperlihatkan atau mempertunjukkan (sandi­wara dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
temasyasesuatu yg dipertunjukkan utk menghibur hati; pertunjukan sandi­wara, sukan dll: Kebanyakan sekolah mengadakan ~ sukan dlm bulan Jun atau Julai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tonton;menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja; mempertontonkan memperlihatkan (sandi-wara dll), memperagakan, memper­tunjuk­kan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; penontonan perbuatan menonton; penonton 1. orang yg menonton (pertun­jukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
melakonkan1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”;Kamus Dewan Edisi Keempat
amaturbkn kegiatan (spt sukan, kesenian, dll) yg dilakukan sbg suatu kegemaran dan bukan utk mencari wang: pelakon ~ sandi­wara; pemain bola ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tonton; menonton melihat atau me­­­­­nengok sesuatu pertunjukan (wa­yang gambar dll): Selepas makan ma­lam, kami pergi ~ di panggung Rex. mempertontonkan menyebabkan sesuatu dpt ditonton; memperlihatkan atau mempertunjukkan (sandi­wara dll). tontonan sesuatu yg ditonton; pertunjukan. penontonan perbuatan atau hal menonton. penonton orang yg menonton (pertunjukan dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas