Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sauk-sauk

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sauk I1. benda yg digunakan utk mencedok sesuatu, pencedok; 2. = sauk-sauk, sesauk bp sj jaring yg bertangkai utk menangkap ikan (kupu-kupu dll); ~ air mandikan diri prb hidup dgn usaha sendiri; menyauk 1. mencedok, menimba; 2. me-nangkap ikan (kupu-kupu, belalang, dll) dgn sauk; 3. ki memaut dgn tangan (spt hendak memeluk): ia ~ pasangan berdansa; 4. menahan kaki orang dgn kaki sendiri (supaya ia jatuh); 5. mengambil tanpa ke-benaran, menyapu, menyerobot, menyikat: apabila rumah terbakar, adalah orang yg datang hendak ~ barang-barang; 6. Mn meminjam wang perkongsian; ~ kering-kering, membeli habis-habis prb a) menyelidiki sesuatu hal biar sampai jelas; b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke peng-habisannya; menyaukkan mengenakan sesuatu utk me-nyauk, menjerutkan: maka disaukkanlah jerat pd kaki gajah yg lepas itu; tersauk, tersaukkan tertangkap (akan), ter-lingkup (akan), terperap (akan); ter­saukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam prb ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah; saukan Mn sesuatu yg disauk (dipinjam drpd perkongsian dll): barang yg diambil dan wang yg dipakai itu dinamakan ~, pd hitungan perniagaan itu tidak rugi, tetapi pd keadaan, pokoklah yg termakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapun1. sj jerat atau perangkap kijang (burung dll); ~ duduk jerat yg bingkas apabila pesawatnya disentuh; ~ tarik jerat yg ditarik; 2. jaring utk menangkap ikan, sauk-sauk; melapun menangkap ikan (burung dll) dgn lapun.Kamus Dewan Edisi Keempat
sauk1 alat yg digunakan utk mencedok sesuatu. 2 = sesauk, penyauk jaring yg diberi bertangkai dan digunakan utk menangkap ikan dll. menyauk 1 mengaut sesuatu dgn sauk; mencedok; menimba. 2 menangkap ikan dll dgn sauk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sauk IIark keluh, erang.Kamus Dewan Edisi Keempat
saukmenyaukKamus Pelajar
sauk2 = sesauk, penyauk jaring yg diberi bertangkai dan digunakan utk menangkap ikan dll.Kamus Pelajar
sauk1 alat yg digunakan utk mencedok sesuatu.Kamus Pelajar
sauk1 mengaut sesuatu dgn sauk; mencedok; menimba.Kamus Pelajar
sauk2 menangkap ikan dll dgn sauk.Kamus Pelajar
menyauk1 mengaut sesuatu dgn sauk; mencedok; menimba. 2 menangkap ikan dll dgn sauk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas