sebaliknya | berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingat | 1 masih ada dlm fikiran; tidak lupa: Saya masih ~ lagi akan nama pengarang buku itu. memberi ~ memberitahu supaya ingat. 2 timbul dlm fikiran; sedar; tahu: Sesampai di sekolah, baru saya ~ bahawa saya tidak membuat kerja rumah yg diberikan oleh guru. 3 sedar (tahu); siuman: Budak yg pengsan tadi masih belum ~. 4 = ingat-ingat sentiasa berjaga-jaga; bersedia; berhati-hati: ~, di sana penyamun banyak. 5 menaruh niat di dlm hati; bercadang; berhajat: Saya ~ hendak pergi ke sana besok. beringat berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. mengingat mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. mengingati sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. mengingatkan 1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya. memperingati mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. teringat ingat dgn tiba-tiba; terkenang: Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. ingatan 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. ~ baca sahaja ist ingatan yg datanya tidak boleh diubah atau dihapuskan. ~ capaian rawak ist ingatan utama di dlm sesebuah komputer yg datanya boleh dicapai terus dan boleh diubah. peringatan 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. pengingat orang yg tidak mudah lupa (akan sesuatu yg didengar, dilihat, dibaca dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persekolahan | hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesesalan | perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jumpa | ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbesan | berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membalas | 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nanti I | 1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyakat | mengusik (supaya jadi takut, menangis, dll), mengganggu: dulu suka juga saya ~ adik saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam | 1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |