Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dondang sayangsj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg tertentu (utk bersuka-suka); berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayang I1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam.Kamus Pelajar
kasih sayang1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasih1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyayangkan1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
berdondang sayang1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayang1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan berĀ­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesayangan1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayang I1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; menĀ­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayang I1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas