kenapa | bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengapa | sebab apa, apa fasal; apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerana apa | sebab apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mula | 1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alasan | 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerana | kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerana | kata penghubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. | Kamus Pelajar |
kerana | kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendendam | , mendendami menaruh dendam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggas | 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |