punca I | 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punca sebai | hujung sebai yg tergantung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebai | kain yg dibelitkan ke leher utk menutup bahu; selendang yg digantungkan ke bahu. menyebaikan menyangkutkan sesuatu ke leher sbg sebai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebai | kain yg dibelitkan ke leher utk menutup bahu; selendang yg digantungkan ke bahu. menyebaikan menyangkutkan sesuatu ke leher sbg sebai. | Kamus Pelajar |
sebai | kain yg dibelitkan di leher utk menutup bahu dgn kedua-dua hujungnya tergantung di dada, selendang yg digantungkan di bahu; menyebaikan membelitkan sebai di leher utk menutup bahu: serbannya disebaikan, me-ninggalkan ketayapnya terserkup di kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyebaikan | membelitkan sebai di leher utk menutup bahu: serbannya disebaikan, me-ninggalkan ketayapnya terserkup di kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyebaikan | menyangkutkan sesuatu ke leher sbg sebai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyebaikan | menyangkutkan sesuatu ke leher sbg sebai. | Kamus Pelajar |