Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanding;

Peribahasa

Menempuh baik,
     ditempuh istimewa lagi;
durian tidak apa-apa,
     mentimun juga yang binasa.

Bermaksud :

Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebandingseimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanding I= tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm kebera­ni­an; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (tolok­nya, imbangannya, taranya, dll): keke­jaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengim­bangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tanding­an (lawan, imbangan); 2. meletakkan berde­kat­an (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh per­­­­­­­bezaan­nya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertan­ding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanding, = tandingan 1 sesuatu yg sebanding dgn yg lain; imbang: Ke­­beraniannya dlm peperangan tidak ada ~nya. 2 sesuatu yg sepadan; jo­doh; pasangan: Gadis yg cantik itu memang tepat sbg ~ pemuda yg tampan. bertanding 1 beradu atau berlawan utk menguji kekuatan dll: Minggu hadapan, pasukan bola sepak Johor akan ~ dgn pasukan bola sepak Pulau Pinang. 2 berlumba utk mencapai sesuatu; bersaing: Kaum wanita ~ dgn kaum lelaki utk mencapai kemajuan. menandingi menjadi tandingan kpd; menyaingi; melawan: Tiada sesiapa yg dpt ~ kepandaiannya dlm bermain pedang. menandingkan 1 menjadikan sbg tan­dingan. 2 membandingkan utk men­­cari persamaan atau perbezaan­nya. mem­­pertandingkan membuat su­paya bertanding; menjadikan ber­lawan. pertandingan 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. setanding sama tanding; sebanding; setara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banding1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
setandingsebanding, seimbang, setara;Kamus Dewan Edisi Keempat
sesaingMn sebanding, sepadan, setanding;Kamus Dewan Edisi Keempat
setandingsama tanding; sebanding; setara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berimbang1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berseimbangsetimbang, sepadan, sebanding;Kamus Dewan Edisi Keempat
setandingsama tanding; sebanding; setara.Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas