sebegini | sebanyak ini, sekian ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merugi | menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berugi | , merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
begini | bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian I | 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyakbanyak: harta dunia yg ~ banyaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berapa | 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekian | 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekian | 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekian | 1. sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, zaman dll): Dia akan datang pd ~ hari. | Kamus Pelajar |
rugi | 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |