olak III | Mn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendoyong | miring, condong, senget; ~ sebelah senget sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doyong | ; mendoyong miring, condong, senget; ~ sebelah senget sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembus | 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengang I | ternganga, terbuka besar-besar; buah ~ buah yg terbelah dua kalau masak; ~ sebelah terbuka sebelah utk mengeluarkan bijinya (buah); kena si ~ terdiam kerana hairan;membengang mengangakan, membuka besar-besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak I | 1 bahagian kaki atau kasut di sebelah bawah; bahagian tangan sebelah hadapan. 2 = ~ kaki bekas kaki; jejak kaki. 3 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan; langkah: Beliau undur beberapa ~ lalu duduk bersimpuh. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah; dasar: ~ piramid; ~ segi tiga. 5 tempat pokok ditanam dsb: ~ kekal tempat yg kekal bagi sesuatu pokok yg ditanam (tidak dialih-alih). ~ bangunan (rumah) tanah tempat sesebuah bangunan atau rumah didirikan. ~ catur petak-petak pd papan catur. ~ semaian tempat anak benih dsb disemai. ~ tukul kesan atau bekas melakukan sesuatu. bertapak 1 berpijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. menapak 1 mengenakan atau meletakkan tapak kaki pd. 2 berjalan; melangkah: Perlahan-lahan beliau ~ kembali ke rumahnya. 3 mengukur dgn tapak kaki atau dgn tapak tangan. setapak 1 selebar atau sebesar tapak tangan. 2 jarak sepanjang tapak kaki. 3 selangkah: ~ demi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebelah olak | sebelah hilir (bawah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebelah matahari mati | sebelah barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendoyong sebelah | senget sebelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbengang sebelah | terbuka sebelah utk mengeluarkan bijinya (buah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |