prasangka | anggapan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yg sebenarnya; syak: Sebenarnya itu hanyalah ~, bukan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jadi I | 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~ mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama timangan | nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timangan | 1 = anak ~ anak yg sangat dikasihi oleh ibu bapa; anak kesayangan. 2 = nama ~ nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prasangka | anggapan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yg sebenarnya; syak: Sebenarnya itu hanya berdasarkan ~, bukan berdasarkan kebenaran. | Kamus Pelajar |
timangan | 2 = nama ~ nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang sahaja. | Kamus Pelajar |
sebenarnya | 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebenarnya | 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebenarnya | 1. sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2. memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar |
bukannya | sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |